Hello! Dah lama sangat kan kata nak share resepi Sexy Cikin? Marilah mengotakan janji.
Sexy Cikin adalah nama samaran ayam panggang yang biasa Mama masak untuk
her famous Nasi Ayam. We love it so much, and siapa makan pun mesti
suka sangat-sangat, so then I realised, it is one ayam panggang yang I
really gotta learn macam mana nak buat. Bukan supaya bakal suami dan
mertua sayang sahaja, malah diri sendiri pun akan sayang diri sendiri
kalau tahu resepi ini *usap perut*.
Pastu pergi beli ayam, beli whole chicken, confident betul boleh masak sedap. Kehkehkeh.
Untuk bahagian dalam ayam masak dengan lembut dan isinya tidak keras
serta bertali-tali (I suka cakap isi ayam bertali-tali, paham tak, kalau
makan KFC, bahagian yang kering-kering selalu isinya bertali-tali what
the hell how do I describe it without sounding like a bimbo), kita kena
rebus dulu. Air rebusan harus dibuat sedap supaya meresap dalam daging
ayam maka bahan-bahan untuk air rebusan adalah hirisan:
1. Halia
2. Bawang putih
3. Bawang merah
Rebus selama setengah jam. Kuantiti bahan please agak-agak.
Again, I tak suka sukatkan bahan. Sebab ayam anda dan ayam saya tidak
sama, tiada ayam di dalam dunia ini yang betul-betul serupa, setiap ayam
adalah unik dengan caranya tersendiri.
Langkah kedua adalah untuk perap ayam dan gantung selama sejam
(namun, wah ada namun, terdapat konflik plot di sini, nantikannya...).
Bahan-bahan untuk memerap ayam ialah:
1. Sos tiram
2. Kicap cair
3.Kicap manis
4. Kicap soya
5. Minyak bijan
6. Madu
7. Kisaran halia, bawang putih, bawang merah.
Lumurkan bahan-bahan tadi terhadap ayam anda. Anggaplah ayam itu bayi
dan bahan tadi adalah Johnson Baby Wash maka sila handle bayi anda
dengan penuh kasih sayang dan jangan sampai terhantuk besen. Pastikan
setiap inci dilumur rapi.
Selesai itu, sepatutnya gantung ayam selama sejam kan? This is where the
'namun' comes in. Namun, I got a call and terpaksa pergi meeting, so I
terpaksa tinggalkan my bayi eh ayam sampai ke malam. Jadi ayam itu
diperap semalaman, dalam mangkuk dan di tutup dengan plastik, tidak
digantung. Terpaksa tunda ke esok cerita dia.
Keesokkan harinya, barulah dapat panggang! Happy sangat sebab
ingredients meresap baik, ayam pun dapat cukup rehat (tiba-tiba), pastu
kita masukkan dalam oven dengan suhu 200 (make sure oven dah dipanaskan
dulu beforehand) dan tunggu dia bertukar warna cokelat cokelat. Masa
adalah berbeza antara ayam awak dan ayam saya ya (mine was about 1hour
gak), memang kena mengadap ayam itu supaya tidak hangus. Yang penting,
dalamnya telah masak jadi tak perlu risau.
Option lain adalah, anda boleh menggorengnya dalam kuali minyak panas.
Buat deep fry instead of panggang. Mama biasa deep fry, I malas nak
attend, I panggang saja. Up to you, dua-dua cara pun seriously sedap!
Hasilnya...
My baby and that sexy ass. LOL.
What I love about my Sexy Cikin ialah, luarnya rangup dan manis tapi
dalamnya lembut dan empuk. Heaven in my mouth... Of course, I masak
complete set Nasi Ayam siap dengan sos semua, tapi resepi nasi dan
sos-sos itu semua terlalu simple... I am sure you can manage (ke tak
boleh? alamak). Cubalah resepi ayam ini! Yums!!!
Achievement Unlocked: Mama makan bertambah. Woot!
No comments:
Post a Comment