15 BLOGGER PALING CANTIK DI MALAYSIA
Senarai 15 Blogger Paling Cantik di Malaysia yang
disenaraikan di bawah merupakan pilihan tuan empunya blog. Tiada kaitan
dengan bancian orang ramai atau undian melalui sms. Blog aku sukahati
lah nak pilih siapa pun 15 blogger paling cantik di Malaysia mengikut kaca mata aku sendiri kan. Bahaha ! Selamat menjamu mata. =.=

Pasangan kembar keluarga Uncle Mansor yang sangat cantik. Public Figure
yang juga model muslimah. Biasa juga nampak muka cun diorang dalam
paper, majalah, iklan internet. Cantik gila dua orang fasionista ini in
real life tau. Aku pernah terserempak sekali dekat KLCC. Macam anak
patung bergerak yang pakai tudung. =p
2. Fatin Liyana

Selebriti Blogger, Fatin Liyana siapa tak kenal kan. Bakal bergelar
seorang doktor. Nanti bila bukak klinik sendiri, confirm tak henti-henti
pesakit datang klinik dia. Fatin Liyana pernah jadi cover majalah,
masuk surat khabar, masuk rancangan Nasi Lemok Kopi O TV9. Siapa tahu
mungkin Fatin bakal bergelar pelakon pula selepas ini yer Fatin. =p
3. Hazanis

Blogger berasal dari Kelantan. Sekarang sedang busy mengusahakan online
shopping yang menawarkan harga berpatutan dan pakaian perempuan yang
cantik-cantik. Macam nak shopping baju dengan Hazanis nak bagi dekat
awek je. Tapi sayang, aku takde awek lol. =p. Aku suka mata bulat besar
Hazanis ada macam mata Heliza Helmi sikit. Sikit lah. =p

Blogger popular yang mula menceburkan diri dalam bidang seni. Aku sering
jugak mengikuti program di bawah pengacaraan Hanis, Mad Markets di TV9.
Hanis juga mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan. Telah berlakon
dalam filem, telefilem dan drama juga tapi aku tak pernah tengok lagi
lakonan Hanis. =p
5. Fatin Suhana

Ini lagi sorang model muslimah yang hangat abad ini. Aku suka benar
stalk blog dia. Biasa setiap entri memang ada terselit setepek muka cun
Fatin Suhana. *kantoi. Benda cantik siapa tak suka tengok kan. =p
6. Maria Elena

Blogger yang juga seorang Vlogger berjaya di youtube. Kalau tengok Vlog
dia memang tak sah tak repeat sampai 2 3 kali. Itu aku la. Kalau korang
aku tak tau lah repeat sampai berapa kali. Maria berkahwin dengan abang
Fatin Liyana. Kira Maria nie kakak ipar kepada Fatin. Bakal menimang
cahaya mata tidak lama lagi. =p
Blogger kecil berhati besar. Kalau tengok gambar-gambar Yuyu, memang
kecil molek omey ngat Kak Ton. Kecil-kecil cili padi tau. Dah nak kahwin
pun. Kekadang suka masuk blog Yuyu kemudian baca komen-komen pengikut
dia. Kebanyakan komen mesti duk puji dia punya kecomelan. Cemana nak
comel macam Yuyu ye? =p
8. Nisa Kay

Gadis kurus tinggi lampai ini memang sangat fasionista. Pantang nampak
kamera terus posing macam-macam gaya. Juga merupakan host untuk video Amanz.my dia youtube. Peminat fanatik Yana Samsuddin. Selalu bergambar dengan artis Si Nisa nie. Jealous pulak aku kadang-kadang. lol =p

Ibu muda kepada cahaya mata comel, Fiska Medina ini juga mempunyai aura
kecantikan yang tersendiri. Pengalaman kahwin muda, pengalaman jadi ibu
muda semua diceritakan dalam blog. Pemilik dua batang gigi arnab comel
ini merupakan Pemenang Blogger Of The Year Digi WWWOW Awards pada tahun
ini. Rezeki anak. Power kan !
10. Nurul badiah Lai

Blogger berasal dari Terengganu Kita. Seorang peguam yang petah
berkata-kata. Juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang sangat
comel, Balqis comel macam mama dia juga, like mother like daughter. Suka
post gambar comel anak dia di blog & facebook. Aku pulak suka like
post dia. Bahaha ! =p
11. Liyana Zahim

Novelist remaja yang telah menghasilkan beberapa biji novel cinta. Aku
dah beli novel Sekebun Bunga Cinta hasil buah tangan ke-2 Liyana Zahim.
Memang best tapi aku tak baca habis lagi sebab malas lol. Sekarang dah
jarang update blog mungkin sebab busy dengan novel terbaru kot. Antara
novel terbaru Liyana Zahim ialah Curi-Curi Suka dan Rindu Awak 200%.
Sila dapatkan di pasaran ye =p
12. Lyssa Faizureen

Blogger ramai ini memang sangat diminati ramai. Aku pun pernah jugak
tegur dia dekat twitter. Sangat ramah dengan peminat. Anda yang nak
tutorial blog, boleh masuk blog Lyssa. Selalu jugak bila search tutorial
blog, tersesar dalam blog Lyssa. Sekarang dah jarang update sebab busy
dengan pelajaran pulak.
13. Shea Rasol

Seorang fasionista yang berani. Kekadang rambang mata jugak tengok
gambar-gambar cantik dia dalam blog. Memang diakhir entri dia akan
tempek gambar dressing pada hari berkenaan. Menarik gila. Dengan shawl,
high heels, blaus, skrit labuh dan sebagainya aku pun tak tahu sangat
nama pakaian perempuan nie. Wakaka. Kalau aku perempuan, memang aku nak
sangat dressing macam Shea Rasol nie bila keluar rumah lol.
14. Namee Roslan

Korang yang mengikuti blog Namee mesti mengikuti kisah cinta Namee
dengan Isham. Percintaan yang mendapat tentangan keluarga akhirnya
berakhir dengan perkahwinan. Sweetnya. Namee dengan Isham. Boleh tengok
gambar kahwin Namee dengan Isham dalam blog Namee ye =p
15. Jaja
Apa nie semua dah nikah. Blogger ini pun tak nak kalah. Haritu masa
majlis perkahwinan dia, ada orang puji kata muka dia macam Tiz Zaqyah
pelakon Nur Kasih tu bila mekap. Gila tak cun. Bukan korang tak tahu Jaja ini kakak kandung aku. Kakak aku haruslah cantik kan ! Hahaha ! =p
P/s : Siapa blogger cantik pilihan hati korang selain blogger diatas? Komen dibawah cepat. Nak follow nie =p
No comments:
Post a Comment